Skip to main content

ACCA BUKTI UniSHAMS SETANDING UNIVERSITI LAIN

| PRO UniSHAMS | Berita
    KUALA KETIL - Universiti Islam Antrabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah menerima pengiktirafan oleh “The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)” untuk program perakaunan professional yang ditawarkan di bawah Kulliyyah Muamalat dan Sains Pengurusan.

    ACCA merupakan sebuah badan global untuk akauntan profesional dan kelayakannya dalam memberi kemahiran terkini yang diperlukan untuk menjadi profesional kewangan. ACCA telah bersetuju untuk mula menawarkan akreditasi kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Perakunan dengan kepuijan (ISMPK) bermula 1 Januari 2021. Akreditasi ini membolehkan pelajar memperoleh tahap pengecualian dari peperiksaan ACCA tertentu yang sesuai dengan pengetahuan dan kemahiran yang mereka perolehi dari program tersebut.

    Naib Canselor Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim menzahirkan rasa bangga dan syukur atas pencapaian ini. “tahniah kepada jawatankuasa dari Jabatan Perakaunan atas usaha mereka dalam melaksanakan hasrat UniSHAMS untuk berdiri sama tinggi dengan universiti lain. Terima kasih dari pihak universiti kepada semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak. Ini menjadi bukti kualiti sebuah institusi pengajian tinggi yang telah berkembang maju selaras dengan usianya yang telah mencecah 25 tahun”.

    “Pengiktirafan ini diharap dapat membuka mata banyak pihak untuk menjadikan UniSHAMS sebagai destinasi pilihan pengajian. Kami sememangnya mengalu-alukan bakal pelajar yang berminat untuk menyertai kami di Kulliyyah Muamalat dan Sains Pengurusan,” katanya.

    UniSHAMS menawarkan program pengajian diperingkat asasi, diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah dalam pelbagai bidang. Terdapat empat puluh dua program disediakan sebagai pilihan kepada pelajar dari dalam dan luar negara.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan