Skip to main content

UniSHAMS MENEMPAH NAMA DI KEDIEC' 21

| PRO UniSHAMS | Berita
    18 Oktober 2021: Tahniah kepada para pensyarah Kulliyyah Hospitaliti dan Seni Kreatif (HOSCA), UniSHAMS yang merangkul beberapa pingat dan anugerah di Kedah International Culinary Innovation Competition (KEDIEC'21).

    Kumpulan pertama untuk kategori 'Eazy Kueh Talam' - Kategori Produk Inovasi. Dianggotai oleh Cik Atikahambar binti Yusni, Puan Marini binti Md Isa dan Puan Rozilawati binti Shaari dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis kerana telah mendapat Pingat Gangsa dan tempat ke 4 - Anugerah Top of the Flight.

    Kumpulan kedua pula dari kategori 'Ergonomic Kitchen Sink' - Kategori Poster Produk Inovasi. Dianggotai oleh Puan Eni Syafina binti Roslan, Puan Noor Suhada binti Ahmad dan Encik Syed Noor Yusoufuddin bin Syed Noor Affendi dan telah merangkul Pingat Emas (Poster Presentation).

    Kedah International Culinary Innovation Competition (KEDIEC'21) merupakan pertandingan inovasi anjuran Kedah Chef Association (KCA) yang dianjurkan secara atas talian pada 26 dan 27 September 2021.

    Pertandingan peringkat antarabangsa ini disertai oleh pemain industri serta Institusi Pendidikan Tinggi melalui dua kategori utama iaitu Projek Inovasi dan Poster Inovasi yang meliputi tiga sub kategori iaitu produk, perkhidmatan dan teknologi berkaitan dengan industri hospitaliti.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan