Skip to main content

KOMUNITI PRIHATIN SEJAHTERA BERSAMA

| PRO UniSHAMS | Berita
    YAN ; 28 Oktober 2021 – Program Komuniti Prihatian Sejahtera Bersama anjuran Pusat Pengajian Dan Perkhidmatan Kaunseling Dan Psikologi, UniSHAMS dan PERKAMA International dengan kerjasama USM, UUM, UiTM dan PEKA  bertujuan memberikan bantuan dari sudut psikologi pasca targedi kepala air di Yan,Kedah.

    Majlis perasmian yang berlangsung di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Yan telah dirasmikan oleh YB. Dato Hajjah Siti Zailah Mohd Yusoff, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat secara atas talian. “Penglibatan dan gabungan universiti yang terletak di utara Semenanjung ini dengan kerjasama PERKAMA International dalam merelisasikan bantuan dan sumbangan dan yang lebih penting ialah sokongan psikososial yang melibatkan intervensi dan terapi kepada mereka yang terkesan amatlah dialu-alukan. Inisiatif yang diambil dalam bentuk penyaluran bantuan kepakaran psikologi dan kaunseling ini amat bermakna dan pihak kementerian amat menghargai dan merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat,” katanya.

    Turut hadir menyaksikan perasmian ialah YB. Dato’ Hajjah Siti Ashah binti Ghazali, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Y.Bhg. Prof Dr. Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor UniSHAMS, Y.Bhg. Prof Dr Mansor Abu Talib, Timbaan Presiden ,PERKAMA International, Tuan Syed Amaluddin Hafeez Syed Musa, Ketua Penolong Pegawai Daerah Pengurusan Tanah Yan serta wakil USM, UUM dan ahli -ahli pengurusan tertinggi UniSHAMS.

    Selesai perasmian, YB Dato’ Hajjah Siti Ashah Ghazali meluangkan masa menyantuni hampir 25 buah rumah sebahagian warga komuniti desa daerah Yan dengan menyumbangkan sedikit bekalan makanan dan wang tunai kepada mangsa yang terlibat. Program ini selain memberi manfaat kepada mangsa, ia juga mendekatkan pelajar dan pentadbiran universiti dengan komuniti setempat.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan