Skip to main content

BARKATH DAN UniSHAMS MENEROKA KERJASAMA

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Ketil, 24 November 2021 – Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi Mohamed Fisol, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) berbesar hati menerima kunjungan hormat Yang Berbahagia Dato’ Seri Barkath Ali Haji Abu Backer, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Barkath bersama rombongan diantaranya, Mr Anthony Charles, Cik Rodziah Khassim dan Cik Sharifah Nursyams.

    Satu sesi perbincangan ringkas berkaitan cadangan program kolaborasi di antara UniSHAMS dan Kumpulan Barkath dan peranan UniSHAMS sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam dalam merangka program kerjasama antara unit jaringan industri, keusahawanan secara bersama telah diadakan di Bilik Mesyuarat Senat. Pihak delegasi juga juga dibawa melihat galeri UniSHAMS dan sekitarnya.

    Turut hadir bersama dalam pertemuan serba ringkas tersebut ialah Ahli Pengurusan Eksekutif Dr. Rohani Desa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Tuan Haji Zaini Ramli, Timbalan Naib Canselor Kelestarian Institusi dan Jaringan Industri dan seluruh ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif JPE.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan