Skip to main content

BENGKEL PENILAIAN RISIKO RASUAH DAN ANALISIS DATA UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    KUALA KETIL; 30 November 2021 – Rasuah merupakan suatu ancaman yang amat besar kepada sesebuah organisasi dan mampu meruntuhkan sebuah institusi serta tamadun dunia. Bengkel Penilaian Risiko Rasuah dan Analisis Data peringkat UniSHAMS anjuran Unit Perundangan dan Integriti, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah berlangsung di Dewan Eksperimen, UniSHAMS.
     

    Pelaksanaan bengkel ini mempunyai hubung kait dengan keperluan untuk UniSHAMS mempunyai satu plan yang “comprehensive and integrated”. Sesi bengkel ini dikendalikan oleh Unit Pelan Antirasuah Organisasi (OACP), Institut Integriti Malaysia, Encik Shahrill Riza selaku fasilitator. Bengkel yang telah berlangsung selama dua hari dan akan bersambung semula pada penghujung Disember. Hampir 79 orang peserta yang menyertai bengkel ini termasuk staf akademik dan pentadbiran.

    Selaras dengan hasrat untuk menjadi Cordoba of Kedah, UniSHAMS komited untuk melahirkan generasi rabbani (role model). Bagi mencapai hasrat ini, semua staf akademik dan pentadbiran perlulah mengembeling tenaga bagi menjayakan kempen anti rasuah dalam organisasi. Secara langsung menunjukkan bahawa setiap warga kerja mempunyai peranan yang besar dan penting dalam menjayakan misi ini.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan