Skip to main content

MESYUARAT LEMBAGA PENGELOLA UNIVERSITI (LPU) UNISHAMS KALI KE-36

| PRO UniSHAMS | Berita
    KUALA KETIL - YAB Dato’Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah Darul Aman telah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengelola Universiti (LPU) UniSHAMS Kali Ke-36 yang berlangsung pada 21 Disember 2021 di Dewan Senat.

    Kehadiran YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman telah di sambut oleh kakitangan UniSHAMS dan beberapa ahli LPU yang lain. YAB Menteri Besar juga berbesar hati menyampaikan replika kunci kereta Hyundai Starex Royale kepada UniSHAMS. Mesyuarat turut menyentuh mengenai akademik dan tadbir urus universiti.

    Beliau menyatakan bahawa setiap kali terlintas dalam fikiran mengenai UniSHAMS, hatinya mudah tersentuh. Pertamanya kerana ia adalah hasil usaha keras YAB Menteri Besar Kedah terdahulu Tan Sri Dato' Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak, yang mana beliau pada masa itu dilantik sebagai setiausaha politik Menteri Besar. Beliau menyatakan bahawa "Tan Sri Dato' Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak tidak kira siang atau malam, hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun beliau amat pedulikan pembinaan kampus induk ini hinggalah ia tersergam indah pada 2013 lalu".

    Keduanya seperti yang kerap kali disebutkan "hanya dengan ilmu dan pendidikan kita mampu mengubah hidup kita".

    “Inilah yang ditinggalkan kepada kita, sebuah kampus pendidikan bertaraf antarabangsa yang menjadi kebanggaan bersama. Terima kasih kepada pemimpin terdahulu yang mengilhamkan Insaniah, KUIN dan kini UniSHAMS”, katanya.

    Terokailah gedung ini, biar kita miskin harta tetapi kita tidak miskin ilmu.

     UniSHAMS adalah milik kita bersama.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan