Skip to main content

MAJLIS MENGADAP SEMBAH KDYMM TUANKU CANSELOR

| PRO UniSHAMS | Berita
    KUALA KETIL – Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Prof Dr. Asmadi Mohamed Naim telah menghadiri Majlis Mengadap Sembah Kebawah Duli Yang Maha Mulia  Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishash, Sultan Negeri Kedah secara atas talian yang berlangsung pada jam 10.00 pagi, 26 Disember 2021.

    Majlis mengadap dimulakan dengan sembah perkenal Naib Canselor UniSHAMS dan seterusnya mendapatkan perkenan tentang tarikh dan pelaksanaan Istiadat Konvokesyen UniSHAMS Kali Kedua Puluh Tiga. Istiadat kali ke-23 ini bakal meraikan kecemerlangan 1287 graduan peringkat asasi, diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah. Beberapa perkara utama dibincangkan berkaitan kaedah pelaksaan konvokesyen yang menitikberatkan aspek keselamatan dan kesihatan semua pihak yang terlibat.

    “Alhamdullilah usai pertemuan bersama KDYMM Tuanku Sultan, graduan konvokesyen ke 23 kena banyak berdoa supaya pandemik tidak meningkat semula dan tunggulah pengumuman rasmi lanjut yang akan dikeluarkan oleh pihak pengurusan universiti”, kata Prof Dr Asmadi sebaik selesai majlis.

    Dalam majlis selama satu jam itu, KDYMM Sultan juga sempat bertanyakan perkembangan akademik dan tadbir urus universiti. Turut hadir dalam majlis ialah Ybhg. Dato' Paduka Haji Bakar Din, Pengelola Bijaya Diraja, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan