Skip to main content

PERUTUSAN PENDAFTAR BERSEMPENA TAHUN BAHARU 2022

| Hana Wahida | Berita
    PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2022
    Daripada Pendaftar UniSHAMS

    | Jadikan UniSHAMS Organisasi Cemerlang dengan Budaya Barakah |

    Assalamualaikum wrt. wbt & salam kekeluargaan kepada para ilmuan, warga dan pengurusan UniSHAMS sekalian,

    1. Kita sedia maklum, tahun 2020 dan 2021 adalah dua tahun yang cukup mencabar. Kebanyakan aktiviti yang telah dirancang telah tertangguh. Pandemik virus COVID-19 (Covid) yang bermula penghujung Disember 2019 di Wuhan, China, merupakan kegawatan mega yang tidak pernah disaksikan mereka yang masih hidup.

    2. Virus Covid ini masih membelasah dunia - World Health Organisation (WHO) melaporkan minggu terakhir 2021 ini pun sebanyak 8.3 juta kes baharu dicatatkan!

    3. Kalau Covid mencipta kemelut kesihatan dan kemelut ekonomi, terkini bencana alam banjir dan tanah runtuh yang menghentam beberapa kawasan di dalam negara dan luar negara, juga membawa kesan yang sama.

    4. Apapun, kehidupan berorganisasi di UniSHAMS diteruskan. Kini kita mungkin sudah terbiasa dengan cara bekerja dan bermesyuarat dalam talian (online). Walau bagaimanapun, kaedah interaksi di pejabat iaitu bersemuka tetap mempunyai kelebihan.

    5. Beberapa norma baharu bekerja diperkenalkan samada semasa kita Hadir di Pejabat (HDP) mahupun Bekerja Dari Rumah (BDR) juga. Penjarakan 1 meter dan pemakaian pelitup muka merupakan dua norma yang masih perlu diamalkan di pejabat. Vaksinasi yang lengkap juga diwajibkan untuk memberikan keyakinan kepada semua pihak.

    Para ilmuan, warga dan pengurusan UniSHAMS sekalian,

    6. Pejabat Pendaftar mengambil inisiatif mengongsikan konsep unik dalam berkhidmat iaitu konsep Organisasi Barakah di UniSHAMS pada pertengahan 2020. Budaya Barakah boleh disimpulkan seperti berikut :-

    BA - BAgus ie. Cemerlang dalam pekerjaan,
    RA - RAhmatan ie. Warga unishams membantu sesama sendiri dan orang lain untuk meningkat,
    KAH - KAannaka taraH ("seolah2 kamu melihatNya") ie. Bekerja dengan rajin dan produktif dengan kesedaran Allah SWT melihat apa yang kita lakukan.

    7. Kita yakin UniSHAMS akan mempunyai 'Jiwa dan Karektor' (J&K) yang sesuai dengan reputasi keislaman dan keantarabangsaannya, apabila Budaya Barakah ini digarap serta diamalkan oleh setiap pegawai.

    8. Kita yakin Allah swt sedang memberkati UniSHAMS. Alhamdulillah kita tetap menjadi institut pendidikan tinggi swasta (IPTS) pilihan. Kemasukan pelajar baharu 2020 dan 2021 tidak banyak terjejas. Bersyukur juga, bilangan warga kerja sepenuh masa juga stabil malah meningkat 4 peratus daripada 397 pada akhir 2019 kepada 411 pada akhir tahun 2021. Kita juga tidak menghadapi kes tata tertib yang serius di kalangan warga kerja.

    9. Saya ingin memberikan komitmen bagi pihak pengurusan eksekutif UniSHAMS bahawa tidak mengira tahun apa pun kita akan terus memelihara integriti dan menambah baik governans. Kita juga akan terus meraikan warga kerja dan keluarga selain menjadikan persekitaran kita suasana atau bi'ah yang seronok untuk berkerjaya.

    10. Dalam tahun 2022, Pejabat Pendaftar berhasrat menganjurkan program2 baru yang lebih inovatif. Kami akan memberi penekanan kepada aktiviti korporat yang islamik dan positif seperti saling hormat menghormati kerja orang lain (Mutual Respect), penekanan kepada nilai baik mengatasi bentuk (Substance over Form), dan tentunya penghayatan Keberkatan (Blessing) selain J&K.

    11. Sesuai dengan konsep Keluarga Malaysia, 2022 ini juga kita bercadang mengadakan aktiviti keluarga yang berserampang beberapa mata:

    - mengadakan aktiviti yang menggambarkan UniSHAMS sebagai satu keluarga.
    - mengadakan aktiviti yang melibatkan warga kerja bersama keluarga masing2.
    - aktiviti kecergasan (fitness) dan kesihatan.
    Kerjasama semua warga kerja diperlukan.

    12. Akhir perutusan, setiap niat yang baik atau maaruf selalunya diganggu gugat oleh perkara yang munkar. Oleh itu mari kita elakkan amalan korporat yang negatif, seperti jatuh menjatuhkan, dengki mendengki, kata mengata serta berpuak2. Hapuskan dakyah syaitan yang inginkan kita bersikap negatif sedemikian.

    Allahumma , tahun 2022 ini kami ingin terus berkhidmat keranaMu. Berkati UniSHAMS ya Rahman ?

    HAJI MOHD FAHMI BIN SHEIKH OMAR
    Pendaftar UniSHAMS
    -----------------------------------
    NEW YEAR MESSAGE 2022
    From The Registrar of UniSHAMS

    | Make UniSHAMS an Outstanding Organization with a Culture of Blessings |

    Assalamualaikum wrt. wbt & family greetings to the scholars, citizens and management of UniSHAMS,

    1. We already know that 2020 and 2021 are two very challenging years. Most of the planned activities have been delayed. The COVID-19 (Covid) virus pandemic that began at the end of December 2019 in Wuhan, China, was a mega-turmoil that those still alive have never witnessed.

    2. The Covid virus is still plaguing the world - The World Health Organization (WHO) reported that in the last week of 2021, 8.3 million new cases were recorded!

    3. If Covid created a health crisis and an economic crisis, the latest natural disasters of floods and landslides that hit several areas in the country and abroad, also brought about the same effect.

    4. Regardless, organized life at UniSHAMS continues. Now we may be used to the way we work and meet online. However, the method of interaction in the office that is face to face still has advantages.

    5. Several new working norms were introduced either while we were in the Office (HDP) or Work From Home (BDR) as well. Physical distancing of 1 meter and the use of face masks are two norms that still need to be practiced in the office. Complete vaccination is also required to give confidence to all parties.

    Dear UniSHAMS scholars, citizens and management,

    6. The Registrar's Office took the initiative to share the unique concept of serving, namely the concept of the Barakah Organization at UniSHAMS in the middle of 2020. The Barakah Culture can be summarized as follows:-

    BA - BAgus ie. Excellent in the job,
    RA - RAhmatan ie. Citizens of unishams help each other and others to improve,
    KAH - KAannaka taraH ("as if you saw Him") ie. Work diligently and productively with the awareness that Allah SWT sees what we do.

    7. We are confident that UniSHAMS will have a 'Soul and Character' (J&K) that is in line with its Islamic and international reputation, when this Barakah Culture is cultivated and practiced by every officer.

    8. We believe that Allah swt is blessing UniSHAMS. Alhamdulillah, we remain the private higher education institute (IPTS) of choice. The admission of new students in 2020 and 2021 is not much affected. Thankfully, the number of full -time employees is also stable and even increased by 4 percent from 397 at the end of 2019 to 411 at the end of 2021. We also do not face serious disciplinary cases among employees.

    9. I would like to commit on behalf of UniSHAMS executive management that no matter what year, we will continue to maintain integrity and improve governance. We will also continue to celebrate our employees and families as well as make our environment a fun atmosphere or creed for a career.

    10. In 2022, the Registrar's Office intends to organize new and more innovative programs. We will emphasize on Islamic and positive corporate activities such as mutual respect for the work of others (Mutual Respect), emphasis on good values ​​over form (Substance over Form), and of course the appreciation of Blessing (Blessing) other than J&K.

    11. In accordance with the concept of the Malaysian Family, in 2022, we also plan to hold family activities with several points:
    - hold activities that portray UniSHAMS as a family,
    - hold activities that involve employees with their families,
    - fitness and health activities.
    The cooperation of all employees is required.

    12. At the end of the message, every good or well -known intention is often disturbed by evil things. So let's avoid negative corporate practices, such as scheming against others, jealousy, badmouthing others and creating factions. Eliminate the devil's propaganda that wants us to be so negative.
    Allahumma, in 2022 we want to continue to serve because of You. Bless UniSHAMS ya Rahman ?

    HAJI MOHD FAHMI BIN SHEIKH OMAR
    UniSHAMS Registrar

    #carikeberkatan #seekbarakah #selamatdatangkeunishams2022 #welcometounishams2022
    #banggadenganunishams
    #unishamsdihati
    #staysafeandhealthy

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan