Skip to main content

KUNJUNGAN HORMAT BAGI MEMPERKUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA ANTARA YAYASAN ABADA DAN UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    Kuala Ketil, 04 Januari 2022 – Yang Berusaha Profesor Dr. Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Haji Idris Haji Muhamud, Pengarah Yayasan ABADA bersama rombongan diantaranya, Haji Alias Nasri Haji Mahamud, Mudir ABADA, Haji Mohd Zia Ul-Hadk Haji Idris, Pendaftar ABADA, Cikgu Habbun Nazar Abdul Muttaliff, Penyelia SPM dan Cikgu Nurul Ain Nadiah minti Mustaffa Kamal, Penolong Penyelia SPM.

    Sesi perbincangan berkaitan mengemaskini semula program kolaborasi di antara UniSHAMS dan Yayasan ABADA melalui program SPM Fast Track to UniSHAMS secara bersama telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama. Sambutan positif program ini memberi semangat untuk memperkemaskan lagi pelaksanannya agar dapat memberi impak positif kepada kedua-dua pihak.

    Turut hadir bersama dalam pertemuan serba ringkas tersebut ialah Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi Mohamed Fisol, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Haji Mohd Zaini Haji Ramli, Timbalan Naib Canselor Kelestarian Institusi dan Jaringan Industri, Dr. Akli Ahmad, Dekan Kulliyyah Syariah dan Undang-Undang, Ustaz Abdul Hakim Mahadzir, Menjalankan tugas Dekan Kulliyyah Usuluddin dan Sains Al-Quran, Cik Farhana Mat Dali, Pengarah Pusat Pengajian Asasi.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan