Skip to main content

BENGKEL PEMURNIAN PELAN ANTI RASUAH UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL; 30 Januari 2022 – Bengkel Pembangunan Penilaian Risiko Rasuah (CRA) dan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) anjuran Unit Perundangan dan Integriti telah berlangsung di Dewan Senat selama dua hari.

    Pelaksanaan bengkel ini merupakan satu komitmen pihak pengurusan UniSHAMS ke arah menyediakan satu tatacara mencukupi di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009 agar UniSHAMS mempunyai satu pelan untuk menangani isu-isu rasuah, integriti dan tadbir urus bagi mewujudkan satu bentuk Tatacara Mencukupi (Adequate Procedures) selaras dengan subseksyen (5) seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009). Sesi bengkel ini dikendalikan oleh Unit Pelan Antirasuah Organisasi (OACP), En. Zubairy Abady bin Sofian dan En. Fison Hamdi bin Ahmad selaku Konsultan Kanan dari Institut Integriti Malaysia (IIM).

    Pengurusan Tertinggi berharap agar Pelan Antirasuah UniSHAMS menjadi sumber rujukan kepada staf UniSHAMS secara khususnya berkaitan perlakuan salah, sama ada berkaitan tadbir urus, integriti atau rasuah. Pengurusan Tertinggi UniSHAMS mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini terutama pihak Institut Integriti Malaysia yang telah menyumbang khidmat nasihat dengan kepakaran yang dimiliki untuk membangunkan OACP ini.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan