Skip to main content

MAJLIS MENGADAP SEMBAH KDYTM TUANKU PRO CANSELOR 1

| PRO UniSHAMS | Berita

    7 Februari 2022, Wisma Darul Aman – Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Prof Dr. Asmadi Mohamed Naim telah diperkenan hadir ke Majlis Mengadap Sembah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah.

    Majlis mengadap sembah dimulakan dengan sembah perkenal Naib Canselor UniSHAMS dan seterusnya mendapatkan perkenan pelawaan untuk hadir ke Istiadat Konvokesyen UniSHAMS Kali Kedua Puluh Tiga ini, bakal meraikan kecemerlangan 1287 graduan peringkat asasi, diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah. Beberapa perkara utama dibincangkan berkaitan kaedah perlaksanaan konvokesyen secara hibrid yang menitikberatkan aspek keselamatan dan kesihatan semua pihak yang terlibat.

    Dalam majlis yang berlangsung selama satu jam itu, KDYTM Raja Muda Kedah sempat bertanyakan perkembangan akademik dan tadbir urus universiti. Turut hadir bersama dalam majlis ialah Tuan Haji Mohd Fahmi bin Sheikh Omar, Pendaftar UniSHAMS.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan