Skip to main content

UniSHAMS TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI NAGASHI

| PRO UniSHAMS | Berita
    24 Mei 2022 - UniSHAMS berbesar hati menerima (2) orang wakil dari NAGASHI Relief and Development Berhad iaitu Mr. Abdoruhman Mohamed Merant dan Mr. Mohamed Ibrahim Negasi. Tetamu yang hadir disambut oleh Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Yusuf bin Haji Othman, Pengarah Pusat Pengajian dan Penyelidikan Kewangan Islam (CIFER) dan Prof. Madya Dr. Mukhamad Hadi Musolin Subagio, Pengarah Pusat Pengurusan Siswazah (PPS)
    Lawatan kunjungan hormat dan lawatan kerja ini adalah bertujuan membina hubungan 2 hala antara agensi luar negara bagi menarik minat pelajar terutamanya pelajar di negara Yemen, Afrika dan negara-negara di sekitarnya. Dalam pertemuan ini juga, dibincangkan mengenai peluang dan ruang yang boleh diperolehi untuk membantu pelajar susah dan miskin untuk meneruskan pengajian mereka.
    Delegasi yang hadir turut dibawa melawat sekitar kampus dan melihat fasiliti UniSHAMS termasuk di Perpustakaan.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan