Skip to main content

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH KENAIKAN PANGKAT (AKADEMIK)

| PRO UniSHAMS | Berita

    24 Mei 2022 -Telah berlangsung hari ini Majlis Penyerahan Watikah Kenaikan Pangkat kepada lima (5) pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor. Kenaikan pangkat ini sejajar dengan kelulusan akademik yang telah dimiliki oleh pensyarah-pensyarah tersebut.

    Pensyarah yang menerima kenaikan pangkat dari gred DS45 ke gred DS52 ini ialah Dr. Mohd Fauzi Bin Audzir, Pusat Pengajian Umum, Dr. Mohd Hazli Bin Ismail, Kulliyyah Usulluddin dan Sains Al-Quran, Dr. Nadia Murshida, Kulliyyah Syariah dan Undang-undang merangkap Penasihat Undang-undang UniSHAMS, Dr. Nor Zuhairatun Binti Md Radzi, Kulliyyah Muamalat dan Sains Pengurusan dan Dr. Norhayati Binti Abdullah, Pusat Pengajian dan Penyelidikan Kewangan Islam (CIFER).

    Naib Canselor dalam ucapannya menyebut, tugas sebagai pensyarah, bukan hanya untuk mengajar, sebaliknya rangkuman tugas pensyarah termasuk untuk menyelidik, menulis, mengkaji dan memberi khidmat masyarakat. Beliau juga menekankan konsep ‘ITQAN’ dalam kerja-kerja kita supaya betul-betul mahir dalam bidang yang dikuasai.   

    Majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, UniSHAMS turut dihadiri oleh Tuan Haji Fahmi Bin Sheikh Omar, Pendaftar dan Puan Hajjah Molyna Binti Mohd Annuar, Bendahari.

    Unit Komunikasi Korporat

    Bahagian Pemasaran, Jaringan Industri dan Komuniti

    UniSHAMS

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan