Skip to main content

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Naib Canselor UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    Kuala Ketil, 25 Mei 2022 – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah dijalankan di Aras 3, Bangunan Canselori. Sambutan yang dibuat secara kecil-kecilan ini melibatkan beberapa unit di bawah Pejabat Naib Canselor. Majlis bermula sebaik sahaja ketibaan Naib Canselor UniSHAMS, Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim. Turut hadir dalam majlis ialah Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Pendaftar, Bendahari dan Penasihat Undang-Undang UniSHAMS. Pelbagai juadah menarik disediakan kepada tetamu yang hadir seperti, ketupat, lemang, rendang, soto, pencuci mulut dan lain-lain. Majlis dimulakan pada jam 12.00 tengahari dan berakhir pada pukul 3.00petang.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan