Lawatan Pelaksanaan Audit Pematuhan IPTS Tahun 2022
14 Jun 2022 - Seramai 3 orang wakil dari Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi telah hadir membuat lawatan ke UniSHAMS bagi tujuan Perlaksanaan Audit Pematuhan IPTS bagi Tahun 2022. Tetamu yang hadir disambut oleh Pengarah Pusat Strategik Institusi, Dr. Syahiza Arsad, Pengarah Bahagian Pemasaran, Jaringan Industri dan Komuniti (BPJIK), Puan Nadrah Md Arib dan Pegawai Khas Naib Canselor UniSHAMS mewakili pihak pengurusan universiti.
Seterusnya, tetamu dibawa ke Aras 2, Dewan Senat dan disambut oleh Yang Berusaha Naib Canselor, Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim dan ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif yang lain.
Antara perkara yang dinilai adalah dokumentasi pengurusan operasi universiti melibatkan permit mengajar, fail pelajar dan lain-lain lagi.
Sesi lawatan ini berakhir pada jam 2.45 petang dengan pembentangan hasil dapatan audit.
#UniSHAMSDiHati
#UniSHAMSWadiKecemerlanganUmmah