PROGRAM MOBILITI INBOUND KULLIYYAH BAHASA ARAB, UniSHAMS DAN PRINCESS OF NARADHIWAS UNIVERSITY, THAILAND
Pada 12 hingga 16 Jun 2020, Kulliyyah Bahasa Arab telah berjaya menganjurkan program pertukaran pelajar atau lebih dikenali sebagai Outbound and Inbound Mobility Programme secara virtual. Seramai 29 orang pelajar dari Academy of Islamic and Arabic Studies, Princess of Naradhiwas University (PNU), Thailand telah menyertai program tersebut secara atas talian dan menggunakan platform Google Meet.
Program mobiliti yang berlangsung selama lima hari ini adalah kali pertama dianjurkan di UniSHAMS secara atas talian berdasarkan situasi semasa kesan daripada Covid-19.
Pelbagai aktiviti disediakan dan memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan penutur jatinya yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah berbangsa Arab sendiri.
Program ini telah memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi mengikuti pembelajaran Bahasa Arab secara interaktif dari pensyarah-pensyarah Arab, Thailand dan Malaysia meskipun secara dalam talian disamping mendedahkan kepada sosio-budaya dan persekitaran Malaysia.
Antara maklum balas yang diisi oleh peserta melalui aplikasi “My Artistic Padlet” menyatakan rasa gembira dan teruja mereka menyertai program ini walaupun ianya dijalankan secara atas talian, namun tetap bermanfaat dan berharap agar ia dapat dianjurkan setiap tahun.
Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi Bin Mohamed Fisol, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, UniSHAMS.