Skip to main content

KUNJUNGAN IMAM BESAR MASJID NEGERI, NEGERI SEMBILAN

| PRO UniSHAMS | Berita

    26/6/2022, Baling -  Yang Berbahagia Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor UniSHAMS pada hari ini menerima kunjungan hormat daripada Yang Berbahagia Prof. Dr. Haji Mokhtar bin Ahmad dan Dr. Muhammad Yusry Mazlan (Imam Besar Masjid Negeri, Negeri Sembilan) mewakili Pondok Pesantren Darul Tauhid, Kuala Pilah, Negeri Sembilan serta rombongan.

    Pertemuan yang berlangsung lebih sejam itu adalah bagi mewujudkan kerjasama dan mencari peluang bagi pelajar aliran pondok tahfiz di Negeri Sembilan khususnya untuk menyambung pengajian di UniSHAMS dan program-program yang dapat dianjurkan secara bersama.

    Turut hadir dalam pertemuan tersebut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa dan Timbalan Dekan Kulliyyah Usuluddin & Sains Al-Quran.

    Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Naib Canselor kepada Imam Besar Masjid Negeri, Negeri Sembilan. 

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan