LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI MQA DAN MMC KE KULLIYYAH PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN, UNISHAMS
28 Jun 2022, Baling – Kulliyyah Sains Perubatan dan Kesihatan, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) hari ini menerima lawatan penilaian akreditasi oleh MQA dan MMC yang diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Bin Abdul Latif bersama Prof. Dr. Samiah Yasmin Abdul Kadir, Prof. Dr. Lela Hj. Su’ut, Prof. Madya Dr. Nurman Yaman dan sekretariat MQA dan MMC.
Kunjungan delegasi MQA dan MMC telah disambut oleh Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor, Prof. Madya Dr. Harif Fadzilah Bin Che Hashim, Dekan Kulliyyah Perubatan dan Sains Kesihatan serta pengurusan tertinggi universiti.
Sesi penilaian yang berlangsung lebih tiga jam itu diadakan di Bilik Senat, Aras 2, Bangunan Canselori melibatkan pelbagai peringkat perbincangan disusuli dengan saranan penambahbaikan dalam memperkemas serta pengembangan kulliyyah pada masa hadapan. Delegasi seterusnya mengadakan lawatan ke bangunan kulliyyah dan perpustakaan bagi meninjau prasarana yang disediakan oleh UniSHAMS kepada pelajar. Sesi penilaian akan berlangsung selama dua hari bermula pada 28 hingga 29 Jun 2022.
Pihak UniSHAMS mengalu-alukan kehadiran delegasi MQA dan MMC dalam membantu UniSHAMS terutama Kulliyyah Perubatan dan Sains Kesihatan khususnya dalam terus menempa nama di peringkat yang lebih tinggi.