Skip to main content

BUDAYA KERJA BARU LONJAKKAN UNISHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    Kuala Ketil, 7 Julai 2022: Prinsip S.W.I.F.T, iaitu Speed (Pantas),, World Class Knowledge (ilmu bertaraf global), Inspirationa (inspirasi)l, Flexible (fleksibel) dan Technology Based diyakini dapat membawa UniSHAMS ke arah lonjakan pada setiap pelaksanaan inisiatif UniSHAMS sepanjang tahun 2022 dan masa yang akan datang. Demikian penekanan YB Dato’ Paduka Ammar bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim dalam amanatnya ketika menghadiri Perhimpunan Tahunan UniSHAMS sekaligus menyampaikan Leadership Talk.
    Pihak UniSHAMS amat mengalu-alukan kehadiran YB. Dato’ Paduka Ammar bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman merangkap Ahli Lembaga Pengarah Syarikat dan Ahli Lembaga Pengelola Universiti sempena perjumpaan tahunan UniSHAMS dan menyampaikan ucaptama “Leadership Talk”.
    Diantara penekanan yang beliau sampaikan adalah perjumpaan seumpama ini dapat memupuk kerjasama dalam kalangan pegawai UniSHAMS dalam memberikan khidmat yang cemerlang kepada pemegang taruh atau stakeholder serta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
    Selain itu, beliau turut menyarankan UniSHAMS untuk menjadi sebuah organisasi yang terus kekal relevan. Semua warga kerja UniSHAMS perlulah bersama-sama mencipta sejarah baharu berlandaskan empat fokus utama iaitu Pertama: Menyegar Semula Perkhidmatan UniSHAMS. Kedua: Landskap Baharu UniSHAMS. Ketiga: Perkhidmatan UniSHAMS yang Kalis Masa Hadapan (Future Proof) dan yang terakhir sekali Bergerak Bersama Ke Hadapan.
     
    Beliau juga menegaskan agar warga kerja UniSHAMS perlu mengurangkan kerenah “red tape” dalam menyampaikan perkhidmatan kepada setiap pelanggan. Sebagai warga kerja yang memberikan perkhidmatan, pegawai UniSHAMS seharusnya meningkatkan produktiviti kerja serta cuba sedaya upaya untuk memudah cara dalam penyelesaian masalah. Beliau menyarankan agar setiap tugasan yang diberi hendaklah dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dan tidak bertangguh.
     
    Di akhir ucapan, beliau menyeru agar pihak pengurusan tertinggi memastikan dosa-dosa lama disucikan dan tiada lagi dosa-dosa baharu dibuat. Setiap tatacara kerja dan tadbir urus perlulah mengikut ketetapan serta pekeliling yang berkuatkuasa. 
     
    “Kerja Rajin-Rajin, Biasakan yang Betul dan Betulkan yang Biasa” 
     

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan