PROGRAM SANTAI BULANAN UniSHAMS 6,000 LANGKAH
31 Julai 2022 – Kesihatan fizikal dan mental perlu dipelihara melalui pembudayaan gaya hidup yang sihat dan aktif, demi memacu produktiviti di kalangan staf UniSHAMS. Begitulah antara saranan yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof Dr Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor pada Program Santai Bulanan UniSHAMS 6,000 Langkah anjuran bersama Pejabat Pendaftar, Pusat Sukan dan Badan Kebajikan Staf UniSHAMS.
Program melibatkan hampir semua staf UniSHAMS ini telah dimulakan seawal jam 8:30 pagi, dengan acara regangan badan di kawasan parkir Bangunan Canselori UniSHAMS. Larian santai 6,000 langkah mengelilingi kampus UniSHAMS turut disertai barisan Pengurusan Tertinggi UniSHAMS yang diketuai oleh Naib Canselor.
Seramai 40 peserta terawal yang berjaya menamatkan larian, terdiri dari kategori lelaki dan wanita telah menerima hadiah masing-masing. Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Naib Canselor UniSHAMS. Sementara itu, satu majlis ringkas sempena program tersebut turut diadakan untuk meraikan hari lahir staf UniSHAMS bagi bulan Februari hingga Julai turut diadakan.