Skip to main content

MAJLIS PELANCARAN BICARA NUR 'ALA NUR MUSIM KE - 2

| PRO UniSHAMS | Berita

    24 Julai 2022 - Wadah penyampaian ilmu melalui kepelbagaian medium merupakan cabaran yang perlu dilalui oleh semua lapisan masyarakat terutama penjawat awam yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja. Menyedari hakikat bahawa kakitangan awam juga perlu diberi pendedahan kepada ilmu-ilmu teras dalam pelbagai medium sosial yang ada. Tunjang utama pengisian ini ialah berkaitan isu Fiqh Semasa dan Qawaid Fiqhiyyah selain isu-isu semasa berkaitan kerajaan negeri Kedah.

    Salah satu inisiatif dalam agenda Cordoba of Kedah adalah dengan mengadakan program bicara Nur 'Ala Nur kepada semua kakitangan awam di negeri Kedah. Bicara Nur 'Ala Nur adalah sebagai tambahan penerangan berkenaan isu-isu semasa yang melibatkan agama dan pemantapan jiwa dalam membina modal insan cemerlang selaras untuk membina peradaban Islam secara holistik selain daripada memperkenalkan gagasan Cordoba of Kedah kepada masyarakat dan kakitangan awam khususnya.

    Diantara objektif program ini juga adalah memperkenalkan gagasan Cordoba of Kedah, menerapkan perasan cinta ilmu pengetahuan kepada semua lapisan masyarakat dan menjadi siri kuliah sebagai jam kursus kepada penjawat awam di bawah Pelan Operasi Latihan Negeri Kedah. Terakhirnya, sebagai wadah memperkasakan syiar Islam di negeri Kedah.

    Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi telah dirasmikan oleh YB. Brigedier Jeneral Dato' Haji Najmi bin Haji Ahmad (B), Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri Kedah. Tetamu yang hadir disediakan makanan tengahari dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan