Skip to main content

SEMINAR PEMERKASAAN PEMATUHAN KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN

| PRO UniSHAMS | Berita

    LANGKAWI - Seramai 93 orang peserta yang terdiri  daripada 43 agensi kerajaan dan swasta telah menghadiri Seminar Permerkasaan Pematuhan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, anjuran bersama Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) dan National Institute of Occupational Safety And Health (NIOSH), pada 1 hingga 3 Ogos 2022 bertempat di Hotel Haji Ismail Group (HIG), Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman.

    Seminar ini bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran terhadap keperluan penambahbaikan sistem keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di jabatan yang berkaitan melalui perkongsian maklumat bersama wakil-wakil peserta serta pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) dari pelbagai agensi dan jabatan.

    Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Zaini Haji Ramli, Timbalan Naib Canselor Kelestarian Institusi & Jaringan Industri telah hadir merasmikan seminar kali ini. Turut hadir bersama pada majlis perasmian tersebut adalah Puan Rosliza Osman, Pengurus NIOSH Wilayah Utara.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan