Skip to main content

KERJASAMA AKADEMIK BAGI PROGRAM PERUBATAN ANTARA UniSHAMS - KOLEJ UNIVERSITI ANTARABANGSA MAIWP (UCMI).

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Lumpur, 5 Ogos 2022 - YBhg. Prof. Dr Asmadi bin Mohamed Naim, Naib Canselor UniSHAMS telah mengadakan kunjungan hormat ke Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) bertempat di Kuala Lumpur pada hari ini.

    Kunjungan hormat  Naib Canselor UniSHAMS ini disambut oleh YBhg. Prof. Dr. Wan Mohd Azizi bin Wan Sulaiman. Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak berbincang mengenai kerjasama akademik iaitu dalam bidang perubatan bagi memanfaatkan kedua-dua belah pihak. Kerjasama yang bakal dijalinkan ini juga akan memberikan penambahbaikan dalam program perubatan yang ditawarkan oleh UniSHAMS, dan bidang Sains Kesihatan yang ditawarkan oleh UCMI. 

    Turut hadir dalam pertemuan ini,  YBrs. Prof. Dr Mohd Nazril bin Salleh, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Pengantarabangsaan) dan YBrs. Puan Norita binti Haji Arshad, Pendaftar Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan