Skip to main content

UniSHAMS Terima Kemasukan Pelajar Baharu

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Ketil–Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) menerima kebanjiran kenderaan yang tiba sejak awal pagi apabila menerima kemasukan pelajar baharu bagi Sesi Ogos 2022. Secara kumulatifnya, kira-kira 600 orang pelajar baharu telah pun mendaftar di UniSHAMS untuk sesi akademik 2022/2023.
    Naib Canselor UniSHAMS, Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim, turut hadir memantau perjalanan sesi pendaftaran kemasukan pelajar baharu ke kampus UniSHAMS yang diadakan secara bersemuka pada 14 Ogos 2022. Permohonan dan pendaftaran bagi sesi kemasukan Ogos 2022 masih dibuka dan dilanjutkan sehingga 25 Ogos 2022.
    Fasa Endemik menyaksikan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) UniSHAMS akan mula diadakan secara bersemuka bermula semester satu, sesi 2022/2023 di semua peringkat pengajian.Pusat Hal Ehwal Pelajar UniSHAMS akan melaksanakan Minggu Silaturrahim (MSR) selama lima hari bermula Ahad hingga Khamis ini, iaitu program orientasi untuk pelajar baharu UniSHAMS.
    UniSHAMS dijangka akan menerima tambahan kemasukan pelajar baharu secara‘walk-in’ melalui Pusat Pengurusan Akademik (PPA) berdasarkan rekod permohonan yang diperolehi sejak pelanjutan pendaftaran diumumkan.
    Seluruh warga kerja UniSHAMS yang terlibat termasuk Pusat Pengurusan Akademik, Pusat Hal Ehwal Pelajar dan Kolej Kediaman bertungkus lumus dalam usaha untuk memastikan segala perancangan serta persiapan berjalan dengan sempurna, demi kelancaran urusan pendaftaran kemasukan pelajar baharu.
    Seluruh warga kerja UniSHAMS mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan selamat datang kepada para pelajar baharu yang telah berjaya mendaftarkan diri serta menjadikan UniSHAMS sebagai destinasi pengajian pilihan anda. Selamat maju jaya dalam menempuh kembara pengajian di UniSHAMS.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan