Skip to main content

Kulliyyah Hospitaliti dan Seni Kreatif, UniSHAMS Berkilau di Pertandingan Battle of The Chefs 2022

| PRO UniSHAMS | Berita

    7 Ogos 2022 | Seramai 9 pensyarah dari Jabatan Seni Kulinari, Kulliyyah Hospitaliti dan Seni Kreatif (KHSK), (UniSHAMS) serta 2 pelajar Diploma Seni Kulinari telah mengambil bahagian dalam pertandingan Battle of the Chefs 2022 kali ke 18 baru-baru ini. Bertempat di Gurney Paragon, pertandingan yang dianjurkan oleh Penang Chefs Association dan mendapat pengiktirafan dari World Association of Chefs Societies (WACS) ini, menarik perhatian lebih dari 1000 penyertaan dari institusi pengajian tinggi dan para penggiat industri perkhidmatan makanan di dalam dan luar negara.

    Pasukan KHSK UniSHAMS berjaya membawa pulang 1 pingat Emas, 5 pingat Gangsa, 6 Diploma dan 1 anugerah khas The Most Outstanding Pastry World Burger Chef’s Award. Kesemua pingat ini diraih oleh pensyarah KHSK termasuk Dekan KHSK iaitu Puan Marini binti Md Isa, Ketua Jabatan Seni Kulinari, Puan Kauthar binti Muhammad serta para pensyarah, Cik Atikahambar binti Yusni, Encik Shaiful Fadzlee bin Abdul Wahab, Puan Rushda Hadzira binti Ismail, Puan Rohaidawati binti Tumirin, Encik Mohd Zamri bin Sahari, Encik Mohd Syafie bin Ismail dan Encik Mohd Alif bin Aziz manakala dua pelajar yang turut serta ialah Nadia Atirah binti Muhamad Fauzi (pelajar semester 6) dan Ammar Safwan bin Amir Hassan (pelajar semester 1).

    Masing-masing pemenang membawa pulang pingat serta sijil dan bagi anugerah khas Most Outstanding Pastry World Chef Burger membawa pulang trofi, sijil dan wang tunai RM500. Berikut ialah pingat yang dimenangi mengikut kategori:

    1. Encik Shaiful Fadzlee bin Abdul Wahab

    Kategori: Pastry World Burger Revolution| Emas

    Anugerah Khas: The Most Outstanding Pastry World Burger Chef’s Award

    2. Encik Mohd Syafie bin Ismail & Cik Atikahambar binti Yusni

    Kategori: Sweet Sensation Team of 2 Chefs| Gangsa

    3. Puan Rohaidawati binti Tumirin & Puan Rushda Hadzira binti Ismail

    Kategori: Sweet Sensation Team of 2 Chefs| Gangsa

    4. Encik Mohd Alif bin Aziz

    Kategori: Main Course II(Beef)| Gangsa

    5. Puan Marini binti Md Isa

    Kategori: Main Course V (Duck)| Diploma

    6. Puan Kauthar binti Muhammad & Encik Mohd Zamri bin Sahari

    Kategori: Malaysian Malay Heritage Cuisine 2 Chefs | Diploma

    7. Cik Atikahambar binti Yusni

    Kategori: Main Course V (Duck)| Diploma

    8. Saudari Nadia Atirah binti Muhamad Fauzi

    Kategori: Main Course IV (Fish or Seafood) | Diploma

    9. Saudara Ammar Safwan bin Amir Hassan

    Kategori: Main Course IV (Fish or Seafood) | Diploma

    Kejayaan yang membanggakan ini membuktikan bahawa program Diploma Seni Kulinari yang ditawarkan oleh UniSHAMS ini sememangnya memiliki keistimewaan dan kekuatan tersendiri kerana para peserta berjaya memenangi hati juri tempatan dan antarabangsa di dalam pertandingan tersebut.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan