Skip to main content

Kunjungan Hormat Naib Canselor UniSHAMS Ke Atas Ketua Pegawai Eksekutif BIMB

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿฏ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—Ÿ๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ฟ - Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS), Prof. Dr Mohd Amy Azhar Datoโ€™ Haji Mohd Harif telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Yang Berbahagia Datoโ€™ Mohd Muazzam Mohamed, pagi ini.
    Pertemuan yang berlangsung di Menara Bank Islam ini turut disertai oleh Pengarah Pusat Kecemerlangan Cordoba of Kedah-UniSHAMS iaitu Dr Suhaimi Mohd Yusof dan Pegawai UniSHAMS.
    Sesi perbincangan ringkas berkenaan potensi kerjasama strategik di antara UniSHAMS dan BIMB, dalam usaha untuk memartabatkan pembangunan pendidikan turut diadakan. Semoga pertemuan ini juga dapat memperkukuhkan hubungan erat yang terjalin selama ini.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan