Skip to main content

Kunjungan Hormat Naib Canselor UniSHAMS ke Atas Sohibus Samahah Mufti Negeri Kedah Darul Aman

| PRO UniSHAMS | Berita

    Anak Bukit, 18 Ogos 2024 – Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Prof. Dr Mohd Amy Azhar Dato’ Haji Mohd Harif, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Sohibus Samahah Dato’ Paduka Sheikh Haji Fadzil Haji Awang, Mufti Negeri Kedah Darul Aman, pada petang ini.

    Turut serta dalam pertemuan itu adalah Dekan Kulliyyah Usuluddin, Sains Al-Quran & Bahasa Arab, Dr Mohamad Hazli Ismail, serta beberapa Pegawai UniSHAMS. Pertemuan tersebut membincangkan pelbagai agenda dalam usaha memperkasakan UniSHAMS sebagai sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Islam yang kekal relevan, berdaya saing, dan menjadi kebanggaan negeri Jelapang Padi. Sohibus Samahah Mufti Negeri Kedah Darul Aman juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat dan Lembaga Pengelola Universiti, UniSHAMS.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan