Skip to main content

Majlis Mengadap Sembah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Canselor UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    Alor Setar, 13 Ogos 2024 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, merangkap Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), telah berkenan menerima mengadap Prof. Dr. Mohd Amy Azhar Dato’ Haji Mohd Harif, Naib Canselor UniSHAMS, pagi ini.

    Majlis Mengadap Sembah tersebut berlangsung di Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Wisma Darul Aman, Alor Setar. Pada kesempatan itu, Naib Canselor UniSHAMS menyembah maklum berkaitan hal ehwal semasa pentadbiran dan pengurusan UniSHAMS, serta persiapan menjelang pelaksanaan Istiadat Konvokesyen UniSHAMS Kali Ke-26 yang dijangka berlangsung pada 13 hingga 14 Oktober 2024.

    Turut hadir dalam sesi tersebut adalah Prof. Madya Dr. Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Tuan Haji Mohd Fahmi Sheikh Omar, Pendaftar, Pengarah Canselori, serta pegawai UniSHAMS yang lain.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan