Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia 2024 Kali Ke-7 (WCIT 2024)
| PRO UniSHAMS | Berita
๐ฎ๐ต ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ | ๐๐ฝ๐ผ๐ต - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโadzam Shah (UniSHAMS) telah menyertai Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia 2024 Kali Ke-7 (WCIT 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen, Casuarina Hotel Meru.
ย
Persidangan antarabangsa ini telah disempurnakan dengan limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
ย
Persidangan dianjurkan oleh Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak, berlangsung selama tiga hari ini dan bertemakan โTogether We Stand : Muslims dan Global Humanity'.
ย
Turut hadir adalah Perdana Menteri Malaysia, YAB Datoโ Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri, YAB Datoโ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Perak, YAB Datoโ Seri Saarani Mohamad serta tetamu kehormat dari dalam dan luar negara.
ย
Wakil UniSHAMS dihadiri oleh Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa yang menjalankan tugas Naib Canselor, Pendaftar dan Pengarah Canselori.