Skip to main content

Mesyuarat Jawatankuasa Kali Pertama (Penggal 2024-2026), Asian Islamic Universities Association (AIUA)

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—œ๐—ฝ๐—ผ๐—ต - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) telah menyertai Mesyuarat Jawatankuasa Kali Pertama (Penggal 2024-2026), Asian Islamic Universities Association (AIUA) yang telah diadakan di Casuarina Hotel Meru.
    ย 
    Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Presiden AIUA yang baharu dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan AIUA Ke-14 iaitu Prof. Asep Saepudin Jahar, Rektor Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta, Indonesia.
    ย 
    Wakil UniSHAMS dihadiri oleh Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa yang menjalankan tugas Naib Canselor, Tn. Hj. Mohd Fahmi Sheikh Omar, Pendaftar dan En. Saiful Adli Sukhaimi, Pengarah Canselori.
    ย 
    UniSHAMS adalah wakil daripada Malaysia dan merupakan antara 11 buah Universiti terawal terlibat dalam mengasaskan penubuhan AIUA. UniSHAMS turut dilantik sebagai Sekretariat Kerjasama Program Ijazah & Pertukaran Pelajar untuk Penggal 2024-2026. Selain Malaysia, antara Universiti Asia lain yang terlibat adalah daripada Indonesia, Thailand, Brunei, Filipina, Maldives dan Kemboja.
    ย 
    Ahli mesyuarat kemudiannya memenuhi undangan Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Prof. Datoโ€™ Dr. Wan Sabri Wan Yusof, selaku Setiausaha Agung AIUA menghadiri Majlis Makan Malam bagi meraikan para pembentang Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia 2024 (World Conference on Islamic Thought and Civilization 2024 - WCIT 2024). Majlis ini telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan