Skip to main content

Kunjungan Hormat Delegasi Universitas Islam Internasional Darullughah Wadda'wah (UII DALWA) Ke UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟮𝟴 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) telah menerima kunjungan hormat delegasi Universitas Islam Internasional Darullughah Wadda'wah (UII DALWA), Jawa Timur, Indonesia, yang diketuai oleh Ustaz Dr Syahri Samuddin M.H.I. Hadir bersama-sama delegasi tersebut adalah wakil tenaga pengajar daripada Baitul Mustofa, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
     
    Delegasi tiba sekitar jam 2:30 petang disambut mesra oleh Dr Rohani Desa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, bersama Dekan dan wakil Kulliyyah. Delegasi kemudiannya dibawa melawat ke Galeri Tuanku Canselor sebelum menghadiri sesi perbincangan dua hala yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama.
     
    Pertemuan kali pertama ini digunakan sepenuhnya oleh kedua-dua belah pihak untuk mengeratkan hubungan dan merancang pelaksanaan jaringan kerjasama melalui Memorandum Persefahaman (MoU). MoU ini bakal memberi tumpuan khusus kepada mobiliti pelajar dan pensyarah, penyelidikan bersama, serta penganjuran program seminar secara kolaboratif.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan