Skip to main content

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Naib Canselor UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—”๐—น๐—ผ๐—ฟ ๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฟ - Yang Amat Berhormat Datoโ€™ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah, merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola Universiti telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Naib Canselor baharu Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS), yang diadakan di Wisma Darul Aman tengahari ini.
    ย 
    Pelantikan Naib Canselor baharu UniSHAMS, Prof. Dr Mohd Amy Azhar Datoโ€™ Haji Mohd Harif akan berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2024. Majlis ini turut disaksikan oleh Yang Berhormat Dr Haim Hilman Abdullah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengelola Universiti.
    ย 
    Turut hadir pada majlis tersebut adalah Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, yang menjalankan tugas Naib Canselor, barisan Ahli Jawatakuasa Pengurusan Eksekutif dan Pegawai UniSHAMS.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan