UniSHAMS Terima 𝗥𝗠𝟴𝟮,𝟱𝟬𝟬 Dana Usahawansiswa , Program UNIpreneur Bank Rakyat 2024
| PRO UniSHAMS | Berita
𝟮𝟯 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗟𝘂𝗺𝗽𝘂𝗿 - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) berbesar hati menerima jemputan sebagai rakan kolaborasi bagi menjayakan Program UNIpreneur Bank Rakyat 2024 untuk kali keempat berturut-turut, sejak tahun 2021.
Unit Keusahawanan & Pengesanan Graduan (UKPeG), berjaya menghantar penyertaan seramai 25 orang pelajar Usahawansiswa Asnaf UniSHAMS pada tahun ini, yang menerima dana RM3,000 untuk setiap orang pelajar. Manakala, dana tambahan sebanyak RM7,500 turut diberikan kepada UKPeG bagi tujuan pelaksanaan program pembangunan keusahawanan, yang menjadikan jumlah dana terkumpul mencecah RM82,500.
Majlis Perasmian RAKYATpreneur & UNIpreneur Bank Rakyat 2024 telah disempurnakan oleh YB. Dato' Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Wakil UniSHAMS dihadiri oleh TImbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Dr Rohani Desa dan Pn. Rushda Hadzira Ismail, Ketua UKPeG, Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP).
Warga UniSHAMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Bank Rakyat di atas keprihatinan memilih UniSHAMS sebagai antara penerima dana usahawan ini.