Skip to main content

Kunjungan Hormat Yayasan Prihatin Nasional Ke UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) hari ini berbesar hati menerima kunjungan hormat delegasi Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif iaitu YBhg. Datoโ€™ Haji Mohd Aizuddin Ghazali dan 7 orang Pegawai.
    ย 
    Satu sesi perbincangan berkaitan kerjasama strategik di antara kedua belah pihak telah diadakan di Dewan Senat UniSHAMS dan dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa yang menjalankan tugas Naib Canselor UniSHAMS.
    ย 
    Turut hadir pada sesi perbincangan tersebut adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Timbalan Naib Canselor Kelestarian Institusi & Jaringan Industri, Bendahari, Penasihat Undang-Undang serta Pegawai UniSHAMS.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan