Skip to main content

Sesi Penyampaian Surat Pernyataan Hasrat (LOI) Antara UniSHAMS dan AADK

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟮𝟯 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮𝗷𝗮𝘆𝗮 - Sesi Penyampaian Surat Pernyataan Hasrat (LOI) oleh Yang Berusaha Puan Shobah Jamil, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Yang Berusaha Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, yang menjalankan tugas Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) telah berlangsung dengan jayanya, bertempat di Auditorium, Setia Perkasa 8, Kompleks Setia Perkasa, pagi ini.
     
    Sesi penyampaian ini turut disaksikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri yang telah menyempurnakan Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri, anjuran bersama pihak AADK.
     
    Surat Pernyataan Hasrat ini merupakan hasrat jaringan kerjasama pihak AADK dan UniSHAMS yang bertujuan untuk mempertingkatkan tahap profesionalisme pegawai-pegawai AADK, khususnya dalam bidang kaunseling yang menjadi bidang keutamaan dalam penyampaian perkhidmatan teras AADK.
     
    Wakil UniSHAMS yang hadir bersama pada sesi penyampaian tersebut adalah Prof. Dr Ahmad Rozelan Yunus (Pengarah Pusat Hubungan & Kolaborasi Antarabangsa, yang menjalankan tugas Timbalan Naib Canselor Kelestarian Institusi & Jaringan Industri), Prof. Madya Dr Fatahyah Yahya (Penyelaras Sarjana Kaunseling) dan Dr Mohd Suhadi Mohamed Sidik (Pengurus Pusat Kecemerlangan, Penyelidikan & Perkhidmatan Kaunseling).

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan