Skip to main content

Majlis Apresiasi Peserta Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Kedah dan Atlit SUPTIM 2024

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟭𝟵 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Majlis Apresiasi Peserta Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Kedah dan Atlit SUPTIM 2024, anjuran Pusat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Serbaguna, Bangunan Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak.
     
    Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, yang menjalankan tugas Naib Canselor. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Dekan Kulliyyah, Pengarah Pusat, Pegawai, Pengurus Pasukan serta peserta dari kalangan mahasiswa UniSHAMS.
     
    Para peserta yang terlibat telah diraikan dan menerima sijil penghargaan atas pencapaian cemerlang mereka dalam mengharumkan nama UniSHAMS pada Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Kedah dan Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia (SUPTIM) Ke-20 bagi tahun 2024.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan