UniSHAMS Terima Sumbangan Koleksi Lounge Suite Mantan SUK Negeri Kedah Darul Aman Untuk Kegunaan Mahasiswa
| PRO UniSHAMS | Berita
๐ญ๐ฑ ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ | ๐ฆ๐๐ป๐ด๐ฎ๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐๐ฎ๐ป๐ถ - Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Dr Rohani Desa berbesar hati menerima sumbangan koleksi Lounge Suite daripada Yang Berbahagia Datoโ Paduka Ammar Datoโ Shaikh Mahmood Naim, mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, yang juga merupakan mantan Ahli Lembaga Pengarah UniSHAMS di kediaman beliau hari ini.
ย
Sumbangan koleksi ini akan diuruskan oleh Pusat Hal Ehwal Pelajar dan disalurkan kepada mahasiswa UniSHAMS yang memerlukan. Hadir bersama pada sesi penyerahan ini adalah Pendaftar, Tuan Haji Mohd Fahmi Sheikh Omar dan beberapa orang pegawai UniSHAMS.
ย
Warga UniSHAMS merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datoโ Paduka Ammar Datoโ Shaikh Mahmood Naim atas keperihatinan dan sumbangan yang disalurkan untuk kemaslahatan mahasiswa UniSHAMS.