UniSHAMS Raih Kejayaan Cemerlang Pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman tahun 2024M/1445H
| PRO UniSHAMS | Berita
๐ฎ๐ฑ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ | ๐๐น๐ผ๐ฟ ๐ฆ๐ฒ๐๐ฎ๐ฟ - Seramai empat orang mahasiswa/wi telah berjaya mengharumkan nama Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโadzam Shah (UniSHAMS) pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman tahun 2024M/1445H, yang telah berlangsung di Raia Hotel & Convention Centre bermula 23 hingga 25 April 2024.
ย
Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah telah perkenan berangkat mencemar Duli ke majlis perasmian penutup yang diadakan malam ini. Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah dan DYTM Tuanku Raja Muda Kedah berkenan untuk mengurniakan hadiah kepada para pemenang.
ย
Wakil UniSHAMS yang berjaya merangkul kejayaan cemerlang adalah seperti yang berikut:
ย
Johan Kategori Hafazan: 1-30 Juzuk & Taranum (Perempuan)
๐ก๐จ๐ฅ ๐๐๐ก๐ ๐๐๐ก๐ง๐ ๐๐๐๐จ๐ ๐ฅ๐๐ญ๐๐
Johan Kategori Hafazan: 1-20 Juzuk & Taranum (Perempuan)
๐๐๐ง๐๐ ๐๐ ๐๐ญ-๐ญ๐๐๐ฅ๐๐' ๐๐๐ก๐ง๐ ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ
Tempat Ketiga Kategori Hafazan: 1-10 Juzuk & Taranum (Perempuan)
๐ก๐ข๐ฅ ๐'๐ฆ๐ ๐๐ ๐๐๐ก๐ง๐ ๐๐ฆ๐ ๐๐๐
Tempat Kategori Hafazan: 1-10 Juzuk & Taranum (Lelaki)
๐ ๐จ๐๐๐ ๐ ๐๐ ๐ฆ๐ฌ๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ก ๐ ๐ข๐๐ ๐ญ๐ข๐๐๐ฅ๐
ย
Dua wakil UniSHAMS iaitu Nur Hani dan Fatimah Az-Zaharaaโ yang merangkul kejuaraan dalam kategori masing-masing, dijangka akan mewakili negeri Kedah Darul Aman ke Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 23 hingga 28 Mei 2024, bertempat di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.
ย
Selain itu, warga UniSHAMS turut berbangga apabila salah seorang peserta yang juga merupakan anak kepada kakitangan UniSHAMS iaitu Nur Farhani Mat Zahir, peserta dari Darul Quran JAKIM, diumumkan sebagai pemenang Tempat Kedua bagi Kategori Hafazan: 1-20 Juzuk & Taranum (Perempuan).
ย
Seluruh warga UniSHAMS ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada mahasiswa/wi yang telah meraih kejayaan cemerlang pada majlis kali ini.