Majlis Iftar Perdana Bersama Pejabat Daerah Kulim
| PRO UniSHAMS | Berita
𝟮 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Majlis Iftar Perdana bersama Pejabat Daerah Kulim telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Surau Al-Insaniyyah, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) hari ini.
Majlis kali ini dijayakan dengan kerjasama Pejabat Daerah & Tanah Kulim melalui Pusat Hal Ehwal Pelajar. Majlis bermula sejak jam 6:00 petang dengan pengisian Tazkirah Ramadan. Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, yang menjalankan tugas Naib Canselor telah menyampaikan ucapan.
Pegawai Daerah Kulim, Tuan Haji Mohd Zaini Haji Ramli, kemudiaannya menyampaikan ucapan dan seterusnya menyerahkan sumbangan sempena Ramadan kepada mahasiswa/wi UniSHAMS serta tenaga pengajar dan pelajar Maahad Tahfiz Ihyaauddin, Kuala Ketil, Kedah Darul Aman.
Turut hadir memeriahkan majlis adalah wakil Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif, Ketua KPB, Staf dan Mahasiswa/wi UniSHAMS.