Skip to main content

Kunjungan Hormat Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar Ke UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟮𝟱 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) berbesar hati menerima kunjungan hormat Yang Berbahagia Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, yang juga merupakan mantan Ahli Lembaga Pengelola Universiti (LPU) sebelum ini.
     
    Satu sesi perbincangan berkaitan perkongsian idea, pengalaman serta peluang kerjasama strategik telah diadakan dan dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, yang menjalankan tugas Naib Canselor. Turut hadir pada sesi perbincangan tersebut adalah barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif (JPE), Pengarah Pusat dan Pegawai UniSHAMS.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan