Skip to main content

Mesyuarat Penutup Lawatan Penilaian Pembaharuan Akreditasi Penuh Program Ijazah Sarjana Kaunseling

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟮𝟬 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Mesyuarat Penutup (Exit Meeting), Lawatan Penilaian Pembaharuan Akreditasi Penuh bagi program Ijazah Sarjana Kaunseling (MQA/FA 0105-02) telah berlangsung di Dewan Senat, Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) dan dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, yang menjalankan tugas Naib Canselor.
     
    Pada mesyuarat tersebut, Panel Penilai yang terdiri daripada Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) iaitu Prof. Madya Dr. Puteri Hayati Megat Ahmad dan Dr. Edris Aden, serta seorang Pegawai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah memberikan penerangan berkaitan beberapa penemuan audit sepanjang tempoh dua hari pengauditan dijalankan untuk perhatian dan tindakan selanjutnya pihak UniSHAMS.
     
    Hadir bersama pada Mesyuarat Penutup tersebut adalah Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif, Dekan, Pegawai Akademik dan Pentadbiran Kulliyyah Kaunseling & Sains Sosial (KAUSAS), serta Pegawai UniSHAMS.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan