Program Kesihatan & Kecergasan Fizikal Bersama Warga Kerja UniSHAMS
| PRO UniSHAMS | Berita
𝟮𝟬 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI), Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Pusat Sukan telah menganjurkan Program Kesihatan & Kecergasan Fizikal bersama warga kerja Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), yang berlangsung dengan jayanya bertempat di Kompleks Sukan.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Dr Rohani Desa hadir menyempurnakan program tersebut. Warga kerja UniSHAMS yang terdiri dari kalangan staf Akademik dan Pentadbiran hadir memeriahkan program dengan menyertai acara-acara seperti Futsal, Bola Jaring, Badminton, Bola Tampar, Ping Pong dan Tarik Tali. Hadiah dan cabutan bertuah turut disediakan untuk para pemenang.
Penganjuran program ini merupakan inisiatif pihak UniSHAMS dalam usaha untuk membudayakan gaya hidup sihat serta memupuk semangat kebersamaan di kalangan warga kerja UniSHAMS.