Skip to main content

Mesyuarat Meja Bulat Ketua Eksekutif IPTIM 2024

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟭𝟰 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Mesyuarat Meja Bulat Ketua Eksekutif Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia (IPTIM) 2024 telah berlangsung pagi ini, bertempat di Dewan Senat, Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS).
     
    Mesyurat ini telah diadakan bersempena dengan penganjuran Kejohanan SUPTIM Ke-20 yang berlangsung sejak 11 hingga 14 Februari 2024 dan telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, yang menjalankan tugas Naib Canselor UniSHAMS.
     
    Pelbagai agenda telah dibincangkan dan di antaranya adalah berkaitan hala tuju IPTIM dan pemilihan Tuan Rumah bagi Kejohanan SUPTIM Ke-21 yang dijangka berlangsung pada tahun 2026.
     
    Turut hadir pada mesyuarat tersebut adalah Ketua Eksekutif dan wakil daripada Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Pusat Pengajian Asasi UIAM, International Islamic College (IIC), Universiti Islam Selangor (UIS), Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL), Universiti Islam Melaka (UNIMEL), Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI), Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS), Kolej Al-Quran Terengganu (KQT), Kolej Universiti Islam Sultan Ismail Petra (KIAS), Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif dan Sekretariat UniSHAMS.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan