Skip to main content

Laungan Amaran Kontinjen UniSHAMS, Semarakan Misi Suptim Ke- 20

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟭𝟬 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Gema laungan Kontinjen Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), menggamatkan suasana di Lobi Utama, Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, ketika berlangsungnya Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen, menjelang Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia (SUPTIM) Ke-20 yang akan berlangsung pada 11 hingga 14 Februari 2024, petang ini.
     
    Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Dr. Rohani Desa telah menyempurnakan penyerahan Bendera Kontinjen kepada Ketua Kontinjen UniSHAMS untuk kejohanan kali ini.
     
    Kontinjen UniSHAMS selaku Tuan Rumah SUPTIM Ke-20, bakal menyertai kesemua tujuh acara yang dipertandingkan, dengan penyertaan kira-kira 79 orang Atlet dan Pegawai Pasukan.
     
    Seluruh warga UniSHAMS mengucapkan selamat maju jaya kepada Kontinjen UniSHAMS untuk saingan Kejohanan SUPTIM Ke-20.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan