Skip to main content

Pidato Antarabangsa Warnai Program Himpunan Ulama Dan Asatizah Solidariti Bersama Palestin Peringkat Negeri Kedah

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿด ๐—™๐—ฒ๐—ฏ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Program Himpunan Ulama Dan Asatizah Solidariti Bersama Palestin Peringkat Negeri Kedah, anjuran Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Penerangan & Komunikasi Negeri Kedah dengan kerjasama Yayayasan Israโ€™ dan Aids for Palestin telah pun berlangsung dengan jayanya di Dewan Eksperimen, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS).
    ย 
    Program tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Ustaz Mohd Azam Abd Samat, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi & Penerangan. Yang Berhormat juga menekankan bahawa, antara objektif utama program adalah untuk menjadi katalis dalam menggerakkan agenda pendidikan dan kesedaran ummah berkait dengan tanggungjawab terhadap Al-Quds dan Palestin, yang merangkumi pelaksanaan program-program yang mensasarkan penglibatan pelbagai agensi kerajaan dan swasta, NGO, tokoh-tokoh masyarakat serta pelbagai lapisan rakyat.
    ย 
    Terdahulu, Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, yang menjalankan tugas Naib Canselor, dalam ucapan beliau, turut mengalu-alukan kehadiran para tetamu dan peserta. Ujarnya lagi, "Program ini merupakan inisiatif besar yang berimpak tinggi cetusan gabungan persatuan-persatuan ulama Islam dari pelbagai negara bagi mengangkat solidariti ummah seantero dunia, termasuk di Malaysia untuk bangkit bersama dengan kesedaran, ketahaman serta tindakan ke arah pembebasan Al-Quds dan Palestin".
    ย 
    Kemuncak program ini, telah menampilkan enam orang penceramah antarabangsa yang telah menyampaikan pidato berkaitan Al-Quds dan Palestin, iaitu Dr. Nawwaf Tekruri, Presiden Kesatuan Ulamaโ€™ Palestin - Turkiye, Dr. Abdullah al-Zindani, Presiden Persatuan Nahdah Ulama Yaman - Turkiye, Syeikh Nuruddin La`muri, Presiden Persatuan Ma`ali - Algeria, Syeikh Suat Yasin, Naib Presiden Persatuan Ulama dan Sekolah Islam Turkiye, Syeikh Ridwan al-Atrash, Ahli Kesatuan Ulama Palestin - Malaysia dan Syeikh Dr. Salah Mohamed Moustafa Moustafa Elbahrawi, Pensyarah UniSHAMS.
    ย 
    Pidato ini telah diterjemahkan oleh dua orang Pensyarah UniSHAMS iaitu Ustaz Zubair Abd Rahman dan Dr Mohamad Zaki Mustafa Masoh. Para tetamu dan peserta turut mengaminkan bacaan doa buat para saudara seagama di Palestin yang telah dipimpin oleh Dr Mohd Syauqi Arshad.
    ย 
    Turut hadir memeriahkan program kali ini adalah Yang Berhormat En. Zubair Ahmad, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Yang Berhormat Datoโ€™ Hajah SIti Aishah Haji Khazali, Pengerusi Jawatankuasa
    Luar Bandar, Kemiskinan & Pembangunan Insan, Yang Berhormat Mej (B) Mansor Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan & Kesihatan, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, para Alim Ulama Tuan Guru Pondok, pelajar Pondok dan kakitangan UniSHAMS.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan