Skip to main content

Kunjungan Hormat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Ke UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟱 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) berbesar hati menerima kunjungan hormat delegasi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini.
     
    Delegasi diketuai oleh Pengarah PTPTN Negeri Kedah, Tn. Fauzi Azli Salleh hadir bersama En. Muhamad khairul Asraf Ahmad Zamri, Pengurus Cawangan PTPTN Negeri Kedah dan En. Mohd Azim Abd Latiff, Pengurus Cawangan PTPTN
    Kulim.
     
    Satu sesi perbincangan telah diadakan dan dipengerusikan oleh Pn. Hajjah Molyna Mohd Annuar, Bendahari UniSHAMS. Turut hadir pada sesi perbincangan tersebut adalah Pengarah Canselori, Pengarah Bahagian Bayaran, Akaun & Bajet, Pengarah Bahagian Hasil & Kawalan Kredit, Ketua Unit Penajaan dan Pegawai UniSHAMS.
     
    Sesi perbincangan tersebut antaranya menyentuh hasrat pihak PTPTN dalam menanamkan persepsi dan mempertingkatkan kefahaman fungsi PTPTN kepada pelajar dan juga masyarakat, menerusi kaedah yang interaktif, informatif dan lebih mesra pelanggan.
     
    Untuk makluman, UniSHAMS juga merupakan Sahabat PTPTN yang telah berkolaborasi menerusi penawaran pembiayaan pendidikan pelajar serta produk lain seperti Simpanan SSPN Prime dan SSPN Plus. Selain itu, beberapa cadangan kerjasama di antara kedua belah pihak turut dibincangkan, demi manfaat secara bersama.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan