Skip to main content

Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Program “Himpunan Ulama dan Asatizah Solidariti Bersama Palestin”

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟰 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Program “Himpunan Ulama dan Asatizah Solidariti Bersama Palestin” telah berlangsung di Dewan Senat, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) petang ini.
     
    Mesyuarat penyelarasan ini telah dihadiri oleh wakil Pejabat Menteri Besar Kedah Daril Aman iaitu Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban, Ustaz Nasrun Othman dan En. Salmy Anas Ahmad. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, yang menjalankan tugas Naib Canselor. Turut hadir pada mesyuarat tersebut adalah Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif, Dekan Kulliyyah, Pengarah Pusat dan Pegawai UniSHAMS.
     
    Sebagai makluman, UniSHAMS telah dipilih sebagai lokasi bagi pelaksanaan program kali ini yang dianjurkan secara bersama Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan, Penerangan Dan Komunikasi Negeri Kedah dengan kerjasama Yayasan Isra’ dan Aids For Palestin, dan bakal berlangsung di Dewan Eksperimen UniSHAMS pada 8 Februari 2024.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan