Skip to main content

Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) UniSHAMS sesi 2024

| PRO UniSHAMS | Berita
    𝟮𝟮 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗹 - Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) UniSHAMS sesi 2024 telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Dr Rohani Desa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni.
     
    Turut hadir pada majlis tersebut adalah Tn. Haji Mohd Fahmi Sheikh Omar, Pendaftar, Pn. Hajjah Molyna Mohd Annuar, Bendahari, Tn. Haji Mohd Marwan Mohd Salleh, Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar, Encik Nurulhisyam Mustapa, Pengarah Pusat Pengurusan Akademik, Dekan Kulliyyah dan Pegawai UniSHAMS.
     
    Majlis ini bertujuan untuk meraikan barisan kepimpinan MPM UniSHAMS sesi 2024 yang baharu dan telah memenangi Pilihanraya Kampus UniSHAMS sesi 2023/2024 yang lalu.
     
    Tahniah dan selamat menjalankan tugas dan amanah dengan sebaiknya.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan