Skip to main content

Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Naib Canselor UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Satu majlis ringkas penyerahan Nota Serah Tugas Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat Naib Canselor, petang ini.
    ย 
    Pada majlis tersebut, Naib Canselor, Prof. Datoโ€™ Dr Asmadi Mohamed Naim telah menyempurnakan Nota Serah Tugas kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain yang bakal menjalankan tugas Naib Canselor bermula 1 Februari 2024 sehingga jawatan tersebut diisi. Majlis penyerahan ini turut disaksikan oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif (JPE) UniSHAMS.
    ย 
    Para Ahli JPE, Dekan, Pengarah dan warga Pejabat Naib Canselor kemudiannya memberikan penghormatan terakhir dan mengiringi kepulangan Naib Canselor.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan