Skip to main content

Majlis Penghargaan Petugas Istiadat Konvokesyen UniSHAMS Kali Ke 25 & Majlis Jasamu Dikenang Profesor Datoโ€™ Naib Canselor

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Majlis Penghargaan Petugas Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) Kali Ke-25 dan Majlis Jasamu Dikenang Profesor Datoโ€™ Naib Canselor telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah, pagi ini.
    ย 
    Naib Canselor UniSHAMS, Prof. Datoโ€™ Dr Asmadi Mohamed Naim dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas komitmen penuh para petugas dalam menjayakan Istiadat Konvokesyen UniSHAMS yang lepas dan berharap agar usaha murni tersebut dapat diteruskan serta ditambahbaik untuk pelaksanaan Istiadat akan datang. Beliau turut mengambil kesempatan ini, untuk merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif serta kakitangan yang telah memberikan kerjasama dan sokongan terbaik sepanjang tempoh peminjaman perkhidmatan beliau di UniSHAMS.
    ย 
    Ini juga merupakan ucapan Naib Canselor yang terakhir, sebelum kembali bertugas di Universiti Utara Malaysia (UUM), setelah tiga tahun menabur khidmat bakti di UniSHAMS sejak 1 Februari 2021.
    ย 
    Turut hadir pada majlis ini adalah Tn. Haji Mohd Zaini Haji Ramli, Pegawai Daerah Kulim yang juga merupakan mantan Timbalan Naib Canselor Kelestarian Institusi & Jaringan Industri.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan